ABAH
Kami tahu abah menyayangi kami
Kami tahu hidup abah hanya untuk kami
Abah tak pernah menyusahkan kami
4 Mei 2008 bersamaan
27 Rabiul Awal 1429
Kejutan besar kepada kami
Berita kemalangan abah di terima
Di tempat kejadian
Kaca berkecai
Ya Allah, lindungilah abah
Abah
Di wad kecemasan
Menahan kesakitan
kami tahu abah sakit
Tapi kami kaku
Tak terdaya membantu
Maafkan kami abah
Dari sayu mata abah
Dari paling wajah abah
Dari luluh luka abah
Sumpah abah…..
Mencarik hati kami abah
Mata kami tertipu
Telinga kami tak mengerti
Hati kami langsung tak terdetik
Kerana kami pasti abah berjaya
Namun pengakhiranya…
Bagai nak pecah jantung ini
Abah dah tiada
Abah meninggalkan kami dalam
husnul khatimah
Abah mengucap kalimah syahadah
Zikirillah mengumit di bibir
dari hadis
Abah pasti ke syurga
Kami doakan
Allah mencahayakan warnanya
Melepaskan kesusahan abah
Pada nafas terakhir
Abah pergi selama-lamanya
Abah di usung dari rumah
Abah meninggalkan kami….
Berlantaikan tanah
Berlangitkan tanah
Berdindingkan tanah
Sumpah abah
Abah dah cukup didik kami
Di
Anak yang soleh, Insyallah
Kami usahakan
Kami berjanji
Menjadi anak soleh
Di
Amal jariah
Abah lah wira itu
Janji Allah pasti ke syurga
Di
Ilmu yang bermanafaat
Abah dah lakukan
Mungkar dan Nakir menguji
Siapa tuhan Abah…….Allah, abah
Apa agama abah…….Islam, abah
Siapa lelaki ini abah……Utusan Allah, abah
Apakah ilmu abah……..Quran, abah
Kami doakan
Abah di bentangkan permaidani di syurga
di pakaikan pakaian syurga
Di buka satu pintu syurga buat abah
Di luaskan kubur abah seluas mata memandang
Kami doakan
Di alam kubur
Datang lelaki
Berwajah cantik , berpakaian cantik, harum mewangi baunya
Itulah amalan baik abah
Insyaallah
Moga Lan di pertemukan Abah………..
Lidahmas 240508
No comments:
Post a Comment